بسم الله الرحمن الرحيم


Ini lah realiti pelajar medic..jom sama-sama ikuti kisah ni :)


Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang-kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.

Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ...pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm.. habis 2 (two), 3 (three) laaa...

Pelajar B: Pakcik jgn la main2.. kita org tanya betul2 ni...

Orang Tua: Hahaha.. alaa.. gurau sikit pun nak hangin... ok laaa... sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang...


Rasa malas diertikan sebagai keengganan seseorang untuk melakukan sesuatu yang seharusnya atau sebaiknya dia lakukan. Contoh-contoh rasa malas adalah sentiasa menolak tugas, tidak disiplin, tidak tekun, suka melengah-lengahkan sesuatu, mengelakkan diri dari kewajipan, dan seumpamanya.
Rasa malas merupakan sejenis penyakit mental. Masyarakat yang dipenuhi oleh individu-individu yang malas sudah pasti tidak akan maju. Selain itu, rasa malas juga menggambarkan hilangnya motivasi seseorang untuk melakukan pekerjaan atau apa yang dia inginkan.
Berikut adalah tips yang boleh dipraktikkan untuk mengatasi sifat malas:

1. Memikirkan tujuan sesuatu perkara dilakukan


Orang yang malas biasanya tidak memiliki motivasi diri untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih baik. Sementara orang yang tidak memiliki motivasi diri biasanya tidak memiliki tujuan hidup. Orang yang tidak memiliki tujuan hidup pula, biasanya sangat jarang memikirkan atau mempunyai pencapaian hidup.

2. Menguji kemampuan diri


Orang yang memiliki tujuan hidup yang jelas, membuat persiapan atau planning dan memiliki pencapaian yang terbaik pada dasarnya mempunyai motivasi yang tinggi. Namun, kita juga masih perlu sentiasa menguji kemampuan atau mengatasi sebarang kelemahan supaya langkah-langkah yang diambil itu mampu membawa kita kepada pencapaian tujuan secara efektif dan efisien.


3. Tingkatkan pergaulan melalui perhubungan sosial (improve your networking)

Kebiasaannya, orang yang berjaya akan memilih untuk bersama  atau bergaul dengan orang yang berjaya sementara orang yang kurang berjaya akan berada di kelompok yang lain malah berkemungkinan akan keseorangan. Memang menyakitkan sekiranya kita jadi sedemikian kerana agak janggal untuk kita yang malas untuk berada di tengah-tengah kelompok orang yang berjaya dimana mereka sangat optimistik, sibuk, giat bekerja, dan bersemangat mengejar impian. Dan demikian jugaklah sebaliknya.


4. Disiplinkan diri anda

Mendisplinkan diri dalam pelbagai perkara memang banyak faedahnya. Dengan disiplin sahaja kita mampu membawa kejayaan dalam setiap yang diinginkan. Cuba anda bayangkan, bagaimana seorang atlet mampu menjadi juara sekiranya dia tidak mempunyai disiplin ketika berlatih? Bagaimana jika anda seorang pekerja profesional yang bagus sering meng-ulat-kan diri ketika kerja?
Apapun, rasa malas sememangnya sukar diubati tanpa motivasi diri yang kuat. Meskipun seseorang itu memiliki cita-cita atau impian yang besar, sekiranya sifat malas ini wujud maka segala cita-cita atau impian itu hanya tinggal sekadar impian atau angan-angan yang merugikan. Oleh itu, sekiranya anda ingin berjaya, berusahalah atasi sifat malas.

Disini saya sertakan doa bagi insan-insan yang pemalas seperti diri ini...
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa membaca do’a:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
Allahumma inni a’udzu bika minal ‘ajzi, wal kasali, wal jubni, wal haromi, wal bukhl. Wa a’udzu bika min ‘adzabil qobri wa min fitnatil mahyaa wal mamaat. (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, kejelekan di waktu tua, dan sifat kikir. Dan aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian).” (HR. Bukhari no. 6367 dan Muslim no. 2706)

assalamualaikum..

saya tertarik dengan kisah teladan ni,mampu kah anak remaja sekarang seperti ini?..jaga ibu ayah yang sempurna pun belum pasti mampu.Rindu nya pada mereka....mari kita renungkan bersama :)




Pemuda beribu bapakan babi
                        Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

                        Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

                        Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

                        "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

                        "Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t.masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

                        Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kamisediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

                        Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

                        Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t.Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL

marilah sama-sama mendoakan mereka