Rasa malas diertikan sebagai keengganan seseorang untuk melakukan sesuatu yang seharusnya atau sebaiknya dia lakukan. Contoh-contoh rasa malas adalah sentiasa menolak tugas, tidak disiplin, tidak tekun, suka melengah-lengahkan sesuatu, mengelakkan diri dari kewajipan, dan seumpamanya.
Rasa malas merupakan sejenis penyakit mental. Masyarakat yang dipenuhi oleh individu-individu yang malas sudah pasti tidak akan maju. Selain itu, rasa malas juga menggambarkan hilangnya motivasi seseorang untuk melakukan pekerjaan atau apa yang dia inginkan.
Berikut adalah tips yang boleh dipraktikkan untuk mengatasi sifat malas:

1. Memikirkan tujuan sesuatu perkara dilakukan


Orang yang malas biasanya tidak memiliki motivasi diri untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih baik. Sementara orang yang tidak memiliki motivasi diri biasanya tidak memiliki tujuan hidup. Orang yang tidak memiliki tujuan hidup pula, biasanya sangat jarang memikirkan atau mempunyai pencapaian hidup.

2. Menguji kemampuan diri


Orang yang memiliki tujuan hidup yang jelas, membuat persiapan atau planning dan memiliki pencapaian yang terbaik pada dasarnya mempunyai motivasi yang tinggi. Namun, kita juga masih perlu sentiasa menguji kemampuan atau mengatasi sebarang kelemahan supaya langkah-langkah yang diambil itu mampu membawa kita kepada pencapaian tujuan secara efektif dan efisien.


3. Tingkatkan pergaulan melalui perhubungan sosial (improve your networking)

Kebiasaannya, orang yang berjaya akan memilih untuk bersama  atau bergaul dengan orang yang berjaya sementara orang yang kurang berjaya akan berada di kelompok yang lain malah berkemungkinan akan keseorangan. Memang menyakitkan sekiranya kita jadi sedemikian kerana agak janggal untuk kita yang malas untuk berada di tengah-tengah kelompok orang yang berjaya dimana mereka sangat optimistik, sibuk, giat bekerja, dan bersemangat mengejar impian. Dan demikian jugaklah sebaliknya.


4. Disiplinkan diri anda

Mendisplinkan diri dalam pelbagai perkara memang banyak faedahnya. Dengan disiplin sahaja kita mampu membawa kejayaan dalam setiap yang diinginkan. Cuba anda bayangkan, bagaimana seorang atlet mampu menjadi juara sekiranya dia tidak mempunyai disiplin ketika berlatih? Bagaimana jika anda seorang pekerja profesional yang bagus sering meng-ulat-kan diri ketika kerja?
Apapun, rasa malas sememangnya sukar diubati tanpa motivasi diri yang kuat. Meskipun seseorang itu memiliki cita-cita atau impian yang besar, sekiranya sifat malas ini wujud maka segala cita-cita atau impian itu hanya tinggal sekadar impian atau angan-angan yang merugikan. Oleh itu, sekiranya anda ingin berjaya, berusahalah atasi sifat malas.

Disini saya sertakan doa bagi insan-insan yang pemalas seperti diri ini...
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa membaca do’a:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
Allahumma inni a’udzu bika minal ‘ajzi, wal kasali, wal jubni, wal haromi, wal bukhl. Wa a’udzu bika min ‘adzabil qobri wa min fitnatil mahyaa wal mamaat. (Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, kejelekan di waktu tua, dan sifat kikir. Dan aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian).” (HR. Bukhari no. 6367 dan Muslim no. 2706)

0 comments:

Post a Comment