بسم الله الرحمن الرحيم

Sebahagian murid Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 bersorak gembira setelah berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang diumumkan, semalam.

TAHNIAH...Terengganu terus mengungguli keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun ke-10 berturut-turut apabila muncul negeri terbaik dalam peperiksaan itu tahun ini apabila seramai 3,560 atau 15.4 peratus daripada 23,147 murid mendapat 5A dan 7A.

Kejayaan mengekalkan keputusan terbaik itu diumumkan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Razali Daud (gambar kanan), di Bilik Mesyuarat Alamanda, JPNT, Bukit Kecil, Kuala Terengganu, semalam.

Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan kerajaan Terengganu dengan bantuan kewangan dan sokongan moral dalam menjayakan kecemerlangan UPSR 2010.

“Kita akan melakukan pencangan rapi bagi membaiki beberapa prestasi mata pelajaran yang kurang baik khususnya Bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain.

“Salah satu cara bagi memperbaiki keputusan subjek BI adalah pendekatan ke arah kaedah pedagogi dan mengemukakan kepada pihak kementerian bagi mendapatkan tenaga mahir serta menggunakan kajian tertentu bagi memperbaiki keputusan,” katanya.

Razali berkata walaupun jumlah calon berkurangan tahun ini, berbanding 23,944 calon tahun lalu, murid mendapat A dalam semua mata pelajaran meningkat 0.1 peratus berbanding 15.3 peratus tahun lalu manakala calon yang mendapat keputusan 4A/6A+1B pula seramai 2,138 atau 9.2 peratus.

Kejayaan itu juga membuktikan bahawa penggunaan e-Book sebagai alat bantuan mengajar yang diperkenalkan Kerajaan Terengganu kepada pelajar Tahun Lima sejak tahun lalu memberi impak positif terhadap kecemerlangan peperiksaan awam itu.

Mereka menjadi kumpulan perintis yang menggunakan e-Book dalam persediaan berdepan UPSR 2010, baru-baru ini.

Jumlah peratusan calon UPSR yang memperolehi keseluruhan A (5 A) meningkat 0.1 peratus pada tahun ini . Jumlah keseluruhan calon berkurangan 797 orang tahun ini berbanding seramai 23, 944 orang pada 2009.

Lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu Pemahaman(BM Pem) (Sekolah Kebangsaan (SK)), Matematik, Sains, BM Pem (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan BM penulisan mencatat peningkatan peratusan pencapaian A dan minimum C.
Dua pelajar cemerlang Sek Keb Tok Randok, Hulu Terengganu menunjukkan keputusan UPSR mereka.
Razali berkata, sekolah yang berpencapaian tinggi (GPS kurang 1.80) di seluruh Terengganu banyak didominasi sekolah di luar bandar seperti SMK Chalok (1.14) , SK Bukit Tadok (1.18) , SK Kampung Baru Tok Dor (1.22), SK Kampung Tayor (1.23), SK Tepus (1.24) serta SK Dusun , SK Teris dan SK Mangkok masing-masing mencapai 1.38.
Dalam pada itu, SK Paya Bunga, Kuala Terengganu yang pertama kali melahirkan pelajar yang mendapat keseluruhan A dalam UPSR tahun ini bakal dijadikan sekolah elit Bandar Raya Kuala Terengganu mulai tahun depan

Katanya, dua daripada 15 pelajar sekolah berkenaan berjaya memperolehi 5A dan perkembangan baik itu akan dikekalkan lbagi memastikan lebih ramai pelajar memperolehi keseluruhan A mampu dihasilkan di sekolah yang bakal dijadikan sekolah elit bandar raya itu.
Pihaknya menerusi pegawai pendidikan daerah juga akan mengenalpasti sekolah lain terutama di kawasan luar bandar untuk diangkat sebagai sekolah elit di Terengganu.

Tahun ini, seramai 23,533 murid Tahun Enam yang melibatkan 22, 813 (SK), 476 (SJKC) dan 248 Sekolah Rendah Swasta menduduki UPSR di 371 pusat peperiksaan melibatkan 354 sekolah seluruh negeri.
Sumber: UKOM, Utusan Malaysia & Berita Harian

bangge plok jadi rakyat ganu..hehe :)

0 comments:

Post a Comment